Sunday, September 21, 2008

Tunku Abdul Rahman 1956


"... orang Melayu sedia memberi hak-hak yang munasabah dan patut kepada orang-orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberi pengorbanan yang banyak daripada hak-hak sebagai bumiputera Tanah Melayu kepada bangsa-bangsa yang bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang telah berbudi sebegitu banyak seperti yang telah diperbuat oleh orang Melayu. Sungguhpun ada jaminan hak-hak istimewa Melayu dalam perjanjian Persekutuan tetapi ini tidak sekali-kali mencegah atau menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kekayaan dan lagi sehingga sekarang hak-hak itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf di antara orang Melayu dengan yang bukan Melayu..."


SUMBER; RAMLAH ADAM DAO' ONN JAAFAR ( dipetik dari Malaya Merdeka, 26/4/56)
Comment: Tunku sedar tentang akibat dari menerima prinsip jus soli semasa merundingkan kemerdekaan. Bahkan ramai dari kalangan orang Melayu yang tidak bersetuju dengan pemberian kerakyatan secara jus soli tanpa syarat kerana akan menimbulkan kesan ketidakseimbangan politik kepada orang Melayu. antara mereka yang lantang adalah Dato' Onn Jaafar.

Saturday, September 20, 2008

Asal usul Melayu terus dikaji







Oleh Mohd Azis Ngah mailto:azis@bharian.com.my
TELITI memeriksa serpihan artifak.
Pulau Kalumpang dipercayai penempatan pertama manusia prasejarah MENELUSURI asal usul keturunan Melayu di Nusantara amat menarik tetapi sehingga kini belum ada ketetapan muktamad kerana terlalu banyak teori dan hujah. Merujuk kepada perlembagaan, orang Melayu adalah seorang Muslim, bertutur Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Ini bermakna sesiapa saja tanpa kira asal usul bangsanya boleh bergelar Melayu jika memiliki ciri-ciri di atas.




Namun, definisi Melayu di alam Melayu ditakrif sebagai mereka yang mendiami alam Melayu dan bertutur bahasa Austronesia/Melayu-Polinesia. Pengkaji sejarah, ahli arkeologi, pakar bahasa sentiasa mencari bukti kukuh melalui pelbagai kajian sekali gus menyemarakkan usaha mengesan asal usul Melayu. Wartawan Berita Minggu berpeluang mengikuti satu kajian lapangan oleh pakar arkeologi, Prof Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman yang kini mengkaji penemuan tapak arkeologi pra sejarah pertama di dunia yang dihuni manusia di kawasan bakau di Pulau Kalumpang, Perak.




Memang banyak negara yang mempunyai kawasan bakau seperti India, Kemboja dan Afrika tetapi hanya di Malaysia dikesan mempunyai kesan peninggalan penempatan manusia prasejarah. Kerja mencari gali dimulakan pada 1987 selama dua tahun dan dihentikan sebelum dimulakan semula sejak Mei lalu. Hasil kajian pertama, Prof Nik Hassan menemui 11 rangka manusia prasejarah dipercayai dikebumikan di tanah perkuburan di situ. Manusia prasejarah itu dikatakan menanam mayat di bawah rumah mereka kerana pengkaji menemui tinggalan sisa makanan, tulang manusia, gigi yang dipercayai manusia yang hidup di abad kedua Sebelum Masihi hingga 10 Masihi. "Kajian ini lebih menjurus kepada mengesan siapa yang sebenarnya tinggal di situ. Kami percaya penempatan ini didiami sekumpulan manusia keturunan Melayu yang hidup di pesisir pantai. Mungkin juga mereka keturunan India, Sumatera atau Orang Laut.








"Mereka lebih terbuka kepada hubungan luar berbanding Melayu yang tinggal di pedalaman. Bukti gigi dengan kesan makanan sirih dan pinang menguatkan hujah kemungkinan mereka orang Melayu dan penemuan serpihan tembikar, manik menunjukkan mereka berhubung dengan dunia luar," katanya. Menariknya, Pulau Kalumpang yang jaraknya kira-kira 45 minit perjalanan menaiki bot dari jeti Kuala Gula, mempunyai tujuh kawasan penempatan yang mempunyai keluasan dua kilometer. Pulau itu juga mempunyai banyak pokok buluh yang sememangnya diakui tidak akan tumbuh di kawasan bakau. Pokok buluh itu hidup subur dipercayai ditanam dengan tujuan pelbagai guna untuk membuat rumah, senjata dan alat menangkap ikan. Selain itu, penemuan kerang pelbagai jenis menunjukkan penduduk di situ sememangnya menjadikan hasil laut sebagai makanan utama. Penduduk tempatan menggelar pulau itu sebagai Pulau Kota Kerang, ada yang memanggilnya Pulau Buluh. "Berdasarkan penemuan di pelbagai peringkat lapisan tanah, jelas menunjukkan diet makanan mereka juga berubah mengikut zaman. Kami menemui tulang ikan, monyet, burung, kepala babi dan beruk, mereka makan apa saja tetapi pada masa itu, rasanya mereka tidak beragama. "Persoalannya ialah bagaimana mereka hilang atau berpindah, kami tidak pasti dan sedang mengkaji," katanya. Ketika ini, Prof Nik Hassan dan pasukannya sudah menemui 50 jenis kerang pelbagai saiz yang jelas membezakan perubahan makanan penduduk di situ. Cara hidup mereka boleh dinilai berdasarkan sisa makanan yang ditemui. Apa yang pasti, pasukannya gigih menjalankan kajian sama ada penempatan di situ mempunyai kaitan langsung dengan orang Melayu yang tinggal berhampiran di Kuala Sepetang, Kuala Gula atau Kuala Kurau dan ia perlu dipastikan melalui ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA). Info: Tapak Arkeologi Pulau Kalumpang Pulau Kelumpang
Mempunyai tujuh kawasan (Pulau Satu hingga Pulau Tujuh) seluas dua kilometer
Pulau Satu hingga Pulau Lima adalah kawasan utama kajian
Pulau Enam dan Pulau Tujuh terletak berdepan Pulau Selinsing
Tapak itu diwartakan sebagai Kawasan Hutan Bernilai Pemeliharaan Tinggi sebagai perkuburan prasejarah pada 15 Julai 2007.
Pemetaan dan sukatan geografi mula dijalankan di situ pada tahun 1988.




sumber berita harian/mingguan 21 september 2008





Thursday, September 11, 2008

Tan Cheng Lock memo 1950

CO 537/6018. Memorandum by Tan Cheng Lock, 22/5/1950.


Dalam memorandumnya, Tan Cheng Lock mengatakan kecuali orang asli, orang Melayu juga adalaah pendatang-pendatang yang baru seperti bangsa-bangsa lain. sumbangan ekonomi orang bukan Melayu sangat penting bagi Tanah Melayu, oleh itu kerakyatan jus soli sangat penting bagi membolehkan mereka terus memberi kerjasama itu. Cadangan UMNO menafikan 90% penduduk Cina yang layak menjadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu.

SUMBER: Ramlah Adam, Dato Onn Ja'afar: Pengasas Kemerdekaan (Kuala Lumpur: DBP, 1994)
Comment: Memo ini sebagai sebahagaian usaha melonggarkan cara pengiktirafan kerakyatan Negeri 1951 yang sedang diusahakan oleh British.

pada tahun 1952 dilaksanakan dengan kesan

"
..it is estimated that between 50% and 60% of the Chinese population of the Federation have become citizens by operation of law. This is percentage which will rise substantially as the years pass- others can obtain citizenship by application, by complying with conditions less stringent than those which faces them previouly. of Indian population it is estimated that 30% are federal citizens by operation of law and many more can qualify by application. Since approximately 98% percent of Malayan population are Federal citizens, it is estimated that as the result of Legislation passed last September, some 72% of the total population of the Federal have become citizens by operation of the law".
[CO 1022/172-SEA 92/16/01]

Tuesday, September 9, 2008

Suara Melayu 1959

Berikut petikan yang diambil dari Abdul Rahman Hj Ismail dalam Kajian Malaysia bersumber dari tulisan Ahmad Azam, Kenapa Kita Berjuang?, Persama Press, 1959, p.6

"Sejak 31 Ogos 1957 yang lalu, kita telah diakui merdeka, pengakuan ini tidak bolehlah kita letakkan kepada kemerdekaan negara kita Tanah Melayu ini, sedang bangsa dan agama kita masih belum, kerana bangsa Melayu turun tarafnya menjadi satu kaum di antara kaum-kaum Cina dan India dan agama Islam yang diakui setakat menjadi agama rasmi itu, tiadalah lebih tarafnya dari zaman penjajahan dahulu...!"

Dalam masa kira-kira 100 tahun penjajah Inggeris menjajah tanah air kita (Tanah Melayu) ini, hanya kira-kira 240 ribu sahaja bangsa-bangsa asing yang dapat merampas hak politik tanh air kita (yang berhak mengundi) tetapi dalam masa baru kira-kira setahun kita merdeka [1958] sudah hampir-hampir satu million pula bangsa asing yang telah mendapat hak kerakyatan (hak politik) di tanah air kita ini.

Kita bangsa Melayu- bumiputera negeri ini- telah ditewaskan oleh bangsa-bangsa asing dalam seba serbi:dalam ekonomi, dalam pelajaran dan sebagainya. Apa yang berbaki kepada kita ialah dalam hak politik. tetapi kalau hak politik yang sedikit lagi itu kita serahkan juga kepada orang lain, apakah yang tinggal lagi kepada kita?

comment: perubahan dalam kerakyatan melalui big deal 1957 terus menjadi kerisauan orang Melayu kesinambungan dari isu 1946 Malayan Union.

Benarkah Nasib Melayu Kini

Berikut adalah petikan dari laman web http://kuda-kepang.blogspot.com/ oleh Ruhanie Ahmad (090908) mengulas insident Ketua UMNO bahgaian Bukit Bendera buat kenyataan dikatakan rasict:

"Bila orang Melayu, umat Islam dan UMNO menyuara dan membicarakan hakikat dan kebenaran sejarah yang menyentuh entik lain di negara ini, kelompok pembesar ini pun memaksa orang Melayu, umat Islam dan UMNO memohon maaf.Tapi, bila entik lain melemparkan tuduhan semberono terhadap orang Melayu, umat Islam dan UMNO, pembesar ini pula tidak menuntut mereka memohon maaf"

Adakah beliau sedar, cara dan tindakan kerajaan menangani demonstrasi umat Islam di Kuala Terengganu tahun lalu, amat berbeza dengan cara kerajaan menangani bangkangan sekumpulan penternak babi di Melaka yang tergamak menginjak-injak bendera Malaysia dan melemparkan bom molotov kepada pihak penguatkuasa undang-undang kerajaan?

Mengapakah penternak babi yang terang-terang menginjak-injak bendera Malaysia di hadapan mata para pegawai kerajaan tidak di heret ke muka poengadilan? Mengapa pula sekumpulan anak muda Melayu yang hanya dituduh kononnya menginjak-injak dan membakar jalur gemilang di Kuala Terengganu diburu hingga ke lubang cacing?

Adakah beliau sedar bahawa cara dan tindakan kerajaan mengangi demonstrasi umat Islam di Kuala Terengganu pada September 2007 juga amat berbeza dengan cara dan tindakan kerajaan menangani demonstrasi membabitkan beribu-ribu kaum India di hadapan Pejabat PM di Putrajaya juga tahun lalu?

Mengapa jadi begini? Adakah bila umat Islam dan orang Melayu yang bertindak menyuarakan isi hati mereka terhadap kerajaan maka mereka boleh dilayani secara kasar dan diluar batas undang-undang?Adakah bila rakyat bukan Melayu bertindak menyuarakan isi hati mereka yang mengguris jiwa orang Melayu dan umat Islam perlu dilayani secara lembut kerana takut tindakan keras akan menjejaskan status quo sokongan mereka terhadap kerajaan?